Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nora Danish Semakin Berdikari Tanpa Mat

Pelakon Nora Danish semakin berdikari dalam menguruskan kerjaya seninya selepas ketiadaan pembantu peribadinya iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai Mat sejak sebulan lalu. Nora atau nama sebenarnya Nor Mohd Danish Hanif, 33, berkata, sejak memecat pembantunya itu dia lebih selesa bergerak solo tanpa bantuan orang lain dalam memastikan semua keperluannya terjaga. "Pada saya semua perkara yang berlaku ada hikmah termasuk pemecatan pembantu peribadi kerana saya lebih berdikari dan tidak mengharapkan orang lain. "Jika dahulu jarang saya memandu ke lokasi penggambaran atau acara melibatkan saya, sekarang semua saya lakukan sendiri dan sudah semakin mahir dengan jalan raya di Kuala Lumpur," katanya kepada mStar Online. Nora ditemui pada sidang media Raya Sakan Fest 2015 yang diadakan di Ruang di sini, Isnin. Festival selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Jun ini itu akan diadakan Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Selain Nora, beberapa lagi artis yang turut terlibat dalam acara jualan itu adalah Joe Flizzow, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Fizo Omar, Encik Mimpi dan Johan (Raja Lawak). Terdahulu Nora menerusi laman sosial Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa apabila dituduh menyingkir pembantu peribadi tanpa sebarang notis. Jelas Nora, dia berhak membuat keputusan memecat pekerjanya tanpa pertikaian daripada mana-mana pihak. Dalam pada itu, Nora menjelaskan mereka telah berbincang secara baik sebelum mengambil keputusan berkenaan dan ia dibuat atas persetujuan bersama. Kata Nora, dia dan Mat adalah dua individu yang sudah dewasa dan mampu untuk berfikir secara rasional daripada bertelagah seperti mana diperkatakan sesetengah pihak. "Kami sudah bersama selama lapan tahun, perselisihan faham itu perkara biasa malah kadang-kadang dengan adik-beradik sendiri pun boleh bergaduh. "Tetapi itu bukan isunya kerana kami merasakan sudah sampai masanya untuk berhenti bekerjasama dan tiada sebab lain," jelasnya. Tambah Nora, buat masa ini dia tidak berhasrat untuk mengupah pembantu peribadi yang baharu dan ingin belajar berdikari dalam menguruskan kerjayanya. "Buat masa sekarang saya seronok begini dan bukan sukar pun untuk melakukan sendiri perkara remeh seperti menyediakan baju untuk penggambaran atau pun memandu. "Jika saya perlu menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur selalunya Nedim akan meminjamkan pengawal peribadinya atau pun dia yang akan menemani saya," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails