Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Peminat Bosan Zara Zya Bawa Watak Gadis Kampung

Pelakon Zara Zya memberitahu bahawa peminat-peminatnya sering meminta agar dia melakonkan watak berbeza daripada yang sering dibawa dalam drama lakonannya iaitu sebagai gadis kampung. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, segelintir mereka menganggap lakonannya tiada perubahan dan tidak berkembang kerana membawakan watak yang hampir sama. "Ramai peminat yang merungut dan meminta saya bawa watak berbeza iaitu mereka mahu saya jadi perempuan jahat atau GRO yang mana lain daripada watak perempuan kampung. "Mereka kata watak saya sama sahaja iaitu perempuan kampung teraniaya dan tiada perkembangan sejak drama Love You Mr Arrogant," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, Zara berkata, dia melihat perkara itu sebagai satu cabaran untuk dia membawakan setiap watak perempuan kampung itu mempunyai perbezaan. Katanya, dia akan membuat kajian terhadap skrip yang diberikan oleh pengarah terlebih dahulu bagi memastikan watak yang perlu dilakonkan itu tidak sama seperti drama sebelum ini. "Walaupun watak perempuan kampung, namun saya sentiasa pastikan lakonan saya berbeza setiap watak. Cuma mungkin mereka masih menganggap watak itu sebagai watak perempuan kampung," ujarnya. Dalam pada itu, Zara berkata, dia pernah membawakan beberapa watak lain, namun drama tersebut tidak mendapat perhatian penonton. Tambahnya, pemilihan watak yang ditawarkan adalah berdasarkan kepercayaan pengarah yang mahu dia membawakan watak tersebut. "Saya ada bawa watak perempuan jahat dan baru-baru ini watak perempuan nerd dalam drama bersiri Dalina, namun drama-drama tersebut tidak mendapat sambutan dan orang tidak tahu. "Lagi pula saya ini seorang yang tidak memilih, apa juga tawaran yang datang dan jika bersesuaian dengan masa, saya akan terima tanpa melihat watak atau skrip apa yang ditawarkan," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails