Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Radhi (OAG) Tak Sabar Tunggu Dua Tahun Dapat Hak Jaga Anak

Penyanyi Radhi (OAG) memberitahu dia tidak sabar untuk menjaga anak pertamanya iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia sepuluh tahun hasil perkongsian hidup dengan dengan isteri terdahulu Shazlin Sharif. Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 38, berkata, dia bakal mendapat hak jagaan sepenuhnya terhadap anak tersebut sehingga kanak-kanak itu berusia 13 tahun iaitu dua tahun lagi. "Saya tidak sabar menunggu dua tahun lagi untuk menjaga anak lelaki saya Rifdhi tinggal bersama-sama kami, sekarang umur dia baru 10 tahun dan perjanjian kami ialah sehingga umur dia 13 tahun iaitu apabila dia di tingkatan satu. "Ketika ini saya hanya ambil dia waktu hujung minggu sahaja, namun begitu, saya juga tidak paksa jika dia mahu terus bersama ibunya pada usia 13 tahun nanti," ujarnya kepada mStar Online. Radhi berkata, bekas isterinya Shazlin tidak mempunyai masalah untuk memberi hak jagaan tersebut berikutan dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata bersama suami baharu. Dalam pada itu, Radhi berkata, isterinya Nor Shahira Ayu Zahiri, 21 yang baharu melahirkan anak perempuan pada 31 Januari lalu turut menyayangi Rifdhi. "Saya rasa tiada masalah dari pihak bekas isteri saya kerana dia sudah ada dua anak dengan suami baru dan suami baru dia juga memang sudah ada dua orang anak daripada perkahwinan sebelumnya. "Isteri saya sekarang juga memang sayangkan Rifdhi dan dia dapat terima untuk hidup bersama-sama," katanya. Sementara itu, Radhi berkata, dia juga dalam usaha mengukuhkan ekonomi dan kembali aktif dalam industri untuk menampung kehidupan keluarga yang semakin berkembang. "Saya pun tidak mampu nak jaga anak ramai terutama selepas keluar dari pusat pemulihan dadah dahulu. Lebih elok mak dia yang jaga. "Tapi sekarang saya sedikit demi sedikit dalam proses untuk stabilkan ekonomi dan buat persediaan lebih untuk menanggung keluarga saya yang semakin membesar," ujarnya. Penyanyi tersebut pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim. Radhi kemudian mendirikan rumah tangga bersama Nor Shahira Ayu Zahiri pada 4 April 2014 dan dikurniakan cahaya mata pada 30 Januari lalu yang diberi nama Nur Aishah.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails