Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Raya Pertama Di KL Paling Seronok - Qi Razali

Pelakon Qi Razali menyifatkan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur (KL) adalah sesuatu yang paling menyeronokkan kerana ketika itu tiada kesesakan lalu lintas terutamanya pada sambutan Hari Raya pertama. Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 38, berkata, suasana seperti itu membuatkan dia lebih teruja kerana biasanya bandar Kuala Lumpur tidak pernah sunyi daripada masalah lalu lintas. "Sebagai orang yang dah lama menetap di KL, sambutan Aidilfitri pada hari pertama dekat sini adalah yang ditunggu-tunggu. "Bayangkan jalan raya yang selalunya sesak dengan kereta tiba-tiba kosong. Siap boleh 'golek-golek' lagi kalau nak, haha," katanya kepada mStar Online. Tambah Qi, dia akan pulang ke kampungnya di Gelugor, Pulau Pinang pada Hari Raya kedua sebelum ke Kota Bharu, Kelantan, kampung kekasihnya, Nelydia Senrose pada Hari Raya ketiga. Katanya, beraya bersama keluarga aktres itu juga menyoronokkan kerana kekasihnya itu mempunyai keluarga yang besar. "Beraya di kampung Nely, suasananya pula sangat berbeza kerana keluarganya sangat besar. "Alhamdulillah, keluarga dia pun senang dengan kehadiran saya. Tetapi saya tidak ke sana untuk merisik seperti yang difikirkan segelintir pihak," selorohnya. Dalam perkembangan lain, Qi bakal muncul dengan filem terbaharu iaitu Suamiku Jatuh Dari Langit yang akan ditayangkan pada 17 Julai ini. Filem terbitan Metrowealth Sdn Bhd turut menampilkan Syuk (Balas), Nora Danish, Kazar dan Atikah Suhaime.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails