Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shah Iskandar Tidak Malu Diberi Watak Tempelan

Pelakon berasal dari Singapura, Shah Iskandar tidak kisah sekiranya diberi watak sampingan atau tempelan kerana ia sama penting dengan peranan utama dalam sesebuah drama atau pun filem. Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, biarpun pernah memegang watak utama, dia tidak perlu berasa malu untuk melakonkan watak sampingan kerana itu adalah tugasnya sebagai pelakon. "Pada saya tidak perlu malu berlakon watak sampingan kerana saya percaya setiap peranan dalam sesebuah drama atau pun filem ada keistimewaan tersendiri. "Tambahan pula itu memang tugas seorang pelakon dan saya tidak pernah ada masalah sekiranya diberi watak bukan utama," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, mengulas mengenai kehadiran pelakon dari Singapura dan Indonesia yang dilihat sebagai ancaman kepada industri tempatan, Shah percaya, industri di negara ini membuka ruang untuk semua agar bekerja keras.
Bagaimanapun kata Shah, dia mengambil perkara itu sebagai pembakar semangatnya untuk meneruskan perjuangan sebagai anak seni. "Perkara ini mungkin sensitif pada sesetengah pihak tetapi saya percaya semua pelakon tidak kira dari Malaysia atau Singapura diberi peluang sama rata cuma ia terpulang kepada diri sendiri untuk merebutnya," kata Shah. Sementara itu, Shah berkata, dia bukan datang ke Malaysia untuk merampas hak sesiapa sebaliknya ingin berkongsi bakat dan semata-mata mencari rezeki. Kata Shah, sepanjang bergelar pelakon di Malaysia dia sentiasa bertungkus lumus dan bekerja keras lebih daripada sepatutnya demi memastikan bakat dia menyerlah. "Saya tidak pernah dapat jalan mudah untuk berada di tahap sekarang sebaliknya perlu bekerja lebih keras berbanding artis lain kerana saya sedar kedudukan diri. "Bagiamanapun ia mengajar saya untuk menghargai peluang diberikan dan sentiasa ingat dari mana asal usul saya," jelasnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails