Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sharnaaz Jangka Beraya Sebagai Suami Tahun Depan

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan keinginannya untuk merasai bagaimana menyambut Aidilfitri di samping wanita bergelar isteri seperti saudara dan beberapa rakan yang lain. Sharnaaz berkata, dia berharap, keinginannya itu terlaksana pada tahun depan dan pastinya Aidilfitri pada ketika itu akan menjadi sangat bermakna buatnya. "Sekarang ini, kalau nak cakap fasal raya, setiap tahun sama sahaja, tiada yang beza. "Cuma saya harap tahun depan saya dapat beraya disamping orang tersayang. Barulah seronok. Asyik tengok orang lain beraya dengan pasangan, saya pun nak juga," katanya kepada mStar Online. Tambah Sharnaaz, sehingga kini hanya dua orang wanita sahaja yang pernah diperkenalkan kepada keluarganya, namun tiada jodoh diantara mereka. Sementara itu, Sharnaaz berkata, sambutan Aidilfitri sangat bermakna buatnya walaupun terpaksa berdepan dengan soalan-soalan 'cepu emas' bertanyakan tentang soal kahwin. "Seronoknya beraya apabila seluruh keluarga kita dari pelbagai negeri berkumpul dalam satu rumah. "Tetapi kena bersiap sedialah, makcik-makcik akan tanya 'bila nak kahwin?' Saya dah biasa dah dengan soalan itu. Hahaha..." selorohnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails