Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dikritik Berbaju Ketat

Pelakon Uqasha Senrose berkata kritikan orang ramai mengenai pemakaiannya yang terlalu ketat walaupun sudah bertudung langsung tidak membuatkan hatinya tergores atau terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan. Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 23, menyifatkan kritikan oleh netizen di laman sosialnya itu sekadar komen buruk yang tidak perlu diambil perhatian dan dia akan lebih bersikap tidak mempedulikan komen-komen berkenaan. "Saya pakai tudung bukan kerana orang lain. Tetapi saya pakai tudung untuk keselesaan diri. Perubahan ini (bertudung) adalah urusan saya dengan Allah. "Orang lain tidak sepatutnya masuk campur. Saya tidak kisah pun dengan kritikan-kritikan itu. Tetapi mana-mana tindakan saya yang salah, kemudian orang komen, saya terima dengan hati terbuka," katanya kepada mStar Online. Terdahulu, Uqasha telah dikecam segelintir pengikutnya di Instagram yang mengkritik pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imej aktres itu yang kini sudah bertudung. Sementara itu, Uqasha berkata, dia bakal mengikut jejak langkah rakan-rakan artis lain melibatkan diri dalam perniagaan pula. Kata Uqasha, dia akan tampil dengan rekaan tudung di bawah labelnya iaitu Uqasha Senrose yang akan beroperasi beberapa bulan lagi. "Sejak bertudung, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah. "Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punya jenama tudung sendiri. buat masa ini ia masih lagi dalam pembikinan. InsyaAllah ia bakal dilancarkan tidak lama lagi," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails