Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Adi (6ixth Sense) Mohon Status PR Selepas Kahwin

Penyanyi berasal dari Indonesia, Adi (6ixth Sense) bercadang untuk memohon status penduduk tetap (PR) di negara ini selepas melangsungkan perkahwinan dengan wanita tempatan pada tahun depan. Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo berkata perkara tersebut sudah lama dirancang, namun terpaksa ditangguhkan kerana dia masih tidak jelas dengan prosuder yang perlu dilalui. "Saya memang ada perancangan untuk buat permohonan tersebut tetapi banyak produser yang masih saya tidak tahu. Ada segelintir rakan-rakan menyuruh saya mohon selepas berkahwin. "Insya-Allah, lepas berkahwin tahun depan saya akan lakukan, lagi pun bakal isteri saya orang tempatan dan mungkin lebih memudahkan untuk saya buat permohonan itu," ujarnya kepada mStar Online. Sementara itu, bercerita tentang kekasihnya yang mahu dikenali sebagai Annes, Adi berkata dia sudah setahun menjalinkan hubungan cinta dengan wanita berusia 21 tahun itu. Katanya, dia sudah pun berjumpa keluarga wanita tersebut dan merancang untuk berumah tangga pada tahun depan. "Annes dari Kuala Lumpur dan kami bercinta sudah setahun dan memang merancang untuk berkahwin pada tahun depan jika tiada halangan. "Kami pilih tidak bertunang sebab bertunang banyak dugaan. Jadi, terus nikah saja," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails