Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Awi Rafael Tidak Mungkin Bercinta Artis 'Satu Bumbung' Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 5:00 AM

Penyanyi Awi Rafael tidak akan menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan mana-mana penyanyi wanita di bawah naungan syarikatnya iaitu Runaway Production. Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, menyifatkan perkara seperti itu dilihat tidak profesional apatah lagi kedua-dua belah pihak (iaitu dia dan penyanyi) mempunyai misi tersendiri dalam membangunkan kerjaya seni muzik. Saya seorang profesional. Tidak mungkin saya akan menjalinkan hubungan dengan penyanyi-penyanyi di bawah naungan produksi saya.
"Nampak pelik pula jadinya. Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi mana-mana penyanyi wanita berhubungan dengan saya," katanya kepada mStar Online. Awi diminta mengulas mengenai tuduhan yang mengatakan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Sarah Anne, salah seorang anggota kumpulan Girl Republik naungan Runaway Productions. Dalam pada itu, Awi berkata, dia mempunyai agenda besar mempertaruhkan nama Girl Republik untuk dikenali secara umum pada masa akan datang dan tidaj mungkin mempunyai masa menjalinkan hubungan dengan mereka. Insya-Allah Girl Republik akan muncul dengan single lagu baharu tidak lama lagi. Tetapi sebagai pengenalan, mereka ditampilkan bersama saya dan pelawak Shahrul (Shiro) menerusi lagu Oh My Bajet. Malah saya turut akan menampilkan band lelaki yang bernama Karla. Itu semua dalam perancangan. Insya-Allah, saya akan selesaikan kerj-kerja satu persatu," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Awi berkata dia juga kini sibuk menyiapkan lagu-lagu baharu bagi beberapa barisan penyanyi popular. Pada masa sama Awi juga akan melancarkan album baharu dalam masa terdekat nanti.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails