Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

PELAWAK RAHIM NAFI PUKUL, TENDANG ISTERI

Pelawak terkenal, Rahim yang juga bekas ahli kumpulan R2 dan Sepahtu telah didakwa memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham. Menurut laporan Harian Metro, Rahim dikatakan memukul isterinya di muka, kepala dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya itu. Isteri kepada Rahim, Kolin Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut namun mengakui ada membuat laporan polis di Balai Sri Muda Shah Alam. Menurut laporan polis tersebut, si pengadu memberitahu dirinya dipukul akibat suaminya tidak berpuas hati apabila isterinya keluar tanpa pengetahuan. Rahim bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tambahnya memang ada pertengkaran antara dia dan isteri namun tidak memukul. "Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri).
"Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai," ujarnya dipetik sebagai berkata. Menerusi laman IG milik isteri Rahim, dirinya mengatakan laporan polis yang disebarkan di beberapa laman media sebagai 'fake'. Pada masa sama, dirinya menafikan ada berlaku pergaduhan seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails