Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Terkilan Diaibkan, Riezman Khuzaimi Perjelas Isu Hutang RM70,000

Pelakon Riezman Khuzaimi berasa terkilan gara-gara diaibkan menerusi laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad mengenai isu hutang dengan pengarah Amie Maziah yang bernilai hampir RM70,000. Riezman berkata, laporan tersebut dilihat seperti lebih memihak kepada pengarah tersebut dan perkara itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama baiknya sebagai pelakon dan ahli perniagaan. "Saya tak faham kenapa diaibkan begini. Asalnya, Amie mahu membeli rumah saya yang bernilai RM450,000. Oleh kerana saya mahu membantunya, saya buat konsep sewa dan beli. "Tidak lama kemudian dia tidak membayar saya dan lari menghilangkan diri selama empat tahun. Dan saya pula tidak memulangkan wang depositnya. Mengikut undang-undang selepas dia melanggar perjanjian beli, saya berhak 'hanguskan' deposit dia. "Tiba-tiba dia memfailkan saman terhadap saya kerana tidak membayar wang depositnya balik. Bagaimanapun, selepas pihak mahkamah membuat kira-kira, saya perlu membayarnya semula sebanyak RM60,000 lebih. Dia pula nak saya bayar secara lumsum mana boleh," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad. Menerusi laporan pojok di akhbar mingguan pada Ahad, Riezman dikatakan liat membayar hutang bernilai hampir RM70,000 kepada Amie selepas kalah dalam isu jual beli sebuah rumah yang terletak di Wangsa Maju, pada April 2013. Oleh kerana gagal melunaskan bayaran tersebut, Amie telah mengambil tindakan lanjut dengan memfailkan permohonan pengisytiharan muflis ke atas Riezman supaya aktor itu tidak boleh ke luar negara untuk mengelak hukuman yang telah dijatuhkan terhadapnya. Sementara itu, Riezman berkata, walaupun dianiaya, dia tetap akan menyelesaikan bayaran tersebut kerana enggan menanggung dosa hutang di kemudian hari. Cuma aktor berkenaan terkilan dengan tindakan Amie yang dilihat sengaja mahu mengaibkan dia yang pernah membantu pengarah berkenaan ketika dia susah sebelum ini "Saya tak sangka dia nak mengaibkan saya sedangkan dia yang tidak mampu memberi rumah saya dan dia lari. Kemudian dia saman saya. Tidak mengapa, saya mengikut perintah mahkamah sahaja. "Cuma sebagai rakan industri, semasa dia tiada rumah untuk tinggal, saya bantu dia menjual rumah saya secara sewa dan beli. Sekarang, dia pula malukan saya balik dengan bercerita tentang saya yang saya berhutang dengannya. Tetapi kisah sebenar, tidak pula dia ceritakan," ujarnya dengan nada kesal.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails