Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cat Farish Terkilan Sikap Pilih Kasih Radio Swasta

Penyanyi dan komposer Cat Farish meluahkan rasa terkilan dengan beberapa stesen radio tempatan yang sukar memberi peluang memutarkan lagu-lagu penyanyi bawah labelnya sendiri iaitu Godzilla Boombox. Antara penyanyi di bawah naungannya ialah Tiga Swegger dan Hanarose. Cat atau nama sebenarnya, Farish Zaquan berkata, walaupun masalah lagu tidak dimainkan radio sering menjadi bualan, perkara itu dilihat seperti tiada pengakhirannya. "Apa yang saya cakapkan ini bukan kerana lagu artis-artis di bawah label saya tidak diberi peluang diputarkan di radio swasta. Tetapi saya mewakili ramai penyanyi yang mempunyai nasib sama. "Pihak adio sering mempunyai favourtisme dan bagi saya itu tidak adil. Adakah mereka anggap diri mereka sebagai Tuhan, yang mahu mengawal industri muzik kita?" soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. Tambah Cat, dia mempunyai seramai 11 penyanyi baharu bawah Godzilla Boombox dan sikap pilih kasih radio swasta membuatkan dia terpaksa memikirkan alternatif lain dalam mempromosikan lagu-lagu baharu. Malah dia tidak teragak-agak untuk melakukan konsep lama dengan mengedarkan risalah kepada umum sebagai salah satu cara promosi selain menggunakan laman sosial Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube. "Kalau nak ikutkan trend, boleh sahaja promosi di laman sosial, tetapi itu tidak cukup. "Sekiranya masalah ini berterusan, saya juga akan cuba ke luar negara mempromosikan lagu-lagu tempatan di festival-festival seni. Ia masih dalam perancangan," ujarnya. Sementara itu, Cat berkata, dia tahu, kenyataannya mengkritik sikap pilih kasih stesen radio akan memakan dirinya tetapi dia reda sekiranya disenaraihitamkan oleh pihak radio. "Saya tak kisah jika stesen radio mahu senaraihitamkan saya. Saya terima dengan hati yang terbuka. "Cuma saya tertanya-tanya sampai bila perkara ini akan berakhir? Apa-apapun saya tidak akan mengalah meninggalkan industri muzik, sebaliknya saya akan terus kekal dan cuba menaikkan industri kita semula bersama penggiat-penggiat muzik lain yang menghadapi masalah yang sama," tuturnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails