Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lufya Ditawarkan Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung

Sejak berubah imej iaitu bertudung litup pada 2 Februari lalu, pelakon Lufya Omar diuji apabila ditawarkan bayaran lumayan asalkan dia sanggup membuka tudung. Lufya, 30, berkata, sebelum ini, kerja lakonan yang ditawarkan tidak lumayan seperti yang diterima selepas dia berhijab dan menyifatkan perkara itu mungkin salah satu ujian oleh Allah kepadanya. "Selepas berhijab, ada beberapa produksi yang menawarkan saya berlakon tetapi dengan syarat saya perlu berlakon tanpa tudung dan bayarannya juga lumayan. "Tetapi saya anggap perkara ini sekadar ujian Allah yang mahu menguji iman kita. Ada juga beberapa dugaan lain sepanjang saya bertudung ini," katanya kepada mStar Online. Tambah Lufya, dia menyifatkan ujian yang dilalui mempunyai hikmah apabila tawaran kerja lakonan semakin bertambah selepas dia menolak untuk membuka hijab bagi tawaran yang memerlukan dia berbuat demikian. "Alhamdulillah, saya berjaya mengharunginya dan dapat melihat hikmah di sebaliknya. "Tawaran lakonan pula tidak pernah putus. Diakui ia tidaklah lumayan, tetapi saya dapat rasa keberkatan wang itu, tidak mudah habis," ujarnya. Sementara itu, beritahu Lufya, dia juga kini bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan kerana mahu kerja yang dilakukan itu menjadi satu dakwah kepada masyarakat. "Saya bersyukur apabila ramai yang menyokong kerjaya saya, jadi saya mahu membalasnya dengan berdakwah menerusi lakonan dengan memilih watak-watak Islamik. "Tambahan pula, watak Islamik lebih sesuai dengan penampilan saya sekarang ini," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Lufya baru sahaja selesai penggambaran telefilem Dibawah Langit Mu Aku Berselawat terbitan Astro Oasis.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails