Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Miera Leyana Terkejut Gosip Didukung Afiq Muiz

Pelakon Miera Leyana terkejut apabila timbul gosip kononnya orang ramai menyaksikan kejadian dia didukung oleh aktor Afiq Muiz dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. Menjelaskan situasi sebenar kejadian itu, Miera, 22, berkata, wanita yang didukung oleh Afiq adalahnya adiknya sendiri iaitu Aisha yang tiba-tiba mengalami sesak nafas.
Ya Allah, terkejut saya mendengar berita itu dan jelas ia adalah salah faham kerana bukan saya yang didukung Afiq tetapi adik kandungnya sendiri. "Afiq bertindak demikian selepas adiknya itu tiba-tiba diserang sesak nafas dan ingin segera membawanya ke klinik," kata Miera kepada mStar Online dalam satu kiriman mesej WhatsApp di sini, Ahad. Ketika ini, Miera masih berada di London dan hanya akan pulang ke Malaysia pada minggu hadapan. Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Afiq dan Aisha hadir ke KLIA untuk bertemu adik Miera yang bakal menyambung pengajian di London bagi mengucapkan selamat jalan. Kata Miera, kebetulan Aisha rapat dengan adiknya dan mengambil peluang itu untuk berjumpa buat kali terakhir. "Saya ke London bersama keluarga untuk menghantar adik yang menyambung pengajian di sana dan mereka datang untuk mengucapkan selamat jalan memandangkan Aisha turut berkawan rapat dengan adik saya.
"Namun sebelum kami masuk ke pintu pelepasan Aisha tiba-tiba sesak nafas dan ketika itulah Afiq mendukungnya untuk dibawa ke klinik di tingkat bawah lapangan terbang," jelasnya. Sementara itu, Miera berkata, dia dimaklumkan oleh Afiq, Aisha diserang sesak nafas akibat faktor cuaca jerebu yang melanda negara. Bagaimanapun katanya, Aisha kini dalam keadaan baik selepas mendapat rawatan segera di KLIA. "Saya sendiri tidak sempat bertemunya kerana perlu berlepas namun Alhamdulillah Aisha dalam keadaan baik," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails