Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami Masa Bertunang Bersebab

ktres Raja Farah menjelaskan tujuannya merahsiakan wajah dan identiti suaminya Iskandar Ismail, 33, ketika majlis pertunangan mereka pada 9 Ogos lalu adalah kerana mahu majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar. Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27 berkata, tindakan itu juga bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini timbul yang boleh menjejaskan majlis tersebut. "Tiada alasan lain saya merahsiakan identiti dia ketika majlis pertunangan dahulu, saya hanya mahu rancangan perkahwinan kami berjalan lancar sahaja. "Saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini dan lagi pula kami belum berkahwin, tidak elok untuk dihebohkan," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, dekat sini, Ahad.
Raja Farah berkata demikian ketika diminta mengulas keputusannya enggan mendedahkan identiti pemuda tersebut kepada umum sebelum majlis pernikahan berlangsung. Raja Farah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51 pagi Ahad. Pelakon tersebut turut menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara itu, Raja Farah yakin dengan keputusannya untuk membina rumah tangga buat kali kedua ini, biarpun baharu dua bulan mengenali jejaka tersbut. Katanya, dia menerima cinta Iskandar sepas melihat kesungguhan pemuda itu untuk mengenalinya dengan lebih rapat. "Kami bertemu dua hari sebelum Ramadan lalu di sebuah restoran Arab, ketika itu dia ternampak saya dan ketika itu saya bersama kawan saya dan dia juga bersama temannya. "Dari situ dia berusaha untuk mengenali saya dengan lebih dekat dan ia sangat membuatkan pintu hati saya terbuka untuk bercinta sekali lagi," ujarnya.
Tambah Farah, Iskandar juga lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa membuatkan dirinya berada dalam keadaan selamat. Sementara itu, Iskandar berkata, pada awalnya tidak menjangka akan diterima oleh wanita tersebut yang dianggap mempunyai nama besar dalam industri hiburan. Bagaimanapun, setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, dia meneruskan usaha untuk mendekati Raja Farah. "Kali pertama saya nampak dia di restoran Arab dan saya lihat dia senyum kepada saya. Sejak itu saya nekad untuk mencari tahu tentang dirinya. "Pada mulanya memang saya kurang yakin kerana kawan-kawan beritahu bahawa dia seorang artis ternama dan saya hanya orang biasa sahaja. Tetapi selepas saya berhubung dengannya menerusi WhatsApp barulah saya tahu dia seorang yang merendah diri," ujarnya.
Iskandar berkata, dia juga menonton kesemua filem yang pernah dilakonan Raja Farah sebelum ini menerusi YouTube bagi mengenalinya. Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan rumah tangga, Iskandar berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah. "Kami tidak rancang tentang anak lagi, kalau boleh memang mahu cepat dapat anak, namun itu semua ketentuan Allah," ujarnya. Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September ini di Hotel De Palma, Ampang. Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu. Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails