Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ziana Zain Enggan Dedah Aktiviti Keluarga Di Laman Sosial

Penyanyi Ziana Zain mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kehidupan hariannya bersama keluarga kepada umum di laman sosial. Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, berkata, ia sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. "Sebagai seorang selebriti, peminat mahu tahu semua perkara menerusi laman sosial yang kita ada. "Tetapi hal-hal berkaitan di rumah dan keluarga, saya tidak akan masukkan di mana-mana media sosial kerana ia adalah peribadi.
"Saya juga mahu mengambil langkah berjaga-jaga mengenai keselamatan keluarga dan anak-anak. Tetapi sekali sekala, seperti sambutan raya, ada juga saya muat naik gambar keluarga dalam Instagram," katanya kepada mStar Online. Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan perlantikannya sebagai duta produk Agetech di Hotel Istana di sini pada Selasa. Selain Ziana, adiknya juga iaitu Anuar Zain mengambil pendekatan serupa untuk tidak mendedahkan aktiviti harian di laman sosial. Sementara itu Agetech merupakan sebuah produk makanan tambahan yang mempunyai pelbagai vitamin untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan selain bagi kecerdasan minda. Ziana berkata dia telah mencuba produk berkenaan selama dua bulan sebelum membuat keputusan menerima tawaran sebagai duta produk berkenaan. Dia juga terkejut apabila masalah pelupa yang dialami semakin berkurangan sejak pengambilan produk tersebut. Malah dia juga boleh menghafal sesebuah lagu dalam masa yang sangat singkat.
"Kalau sebelum ini saya mengambil masa sebulan untuk menghafal lagu, kini tidak sampai satu minggu, saya boleh hafal sesebuat lagu itu. "Apa yang membuatkan saya puas hati tentang produk ini ialah isi kandungannya adalah daripada tumbuhan asli," ujarnya. Agetech yang berharga RM159 mula berada di pasaran menerusi stokis-stokis terpilih. Layari www.agetech.my untuk maklumat lanjut.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails