Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ramli MS Tidak Berat Sebelah Sering Puji Bila (AF 2015)

Pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) iaitu Datuk Ramli MS menafikan dia bersikap berat sebelah dengan hanya memuji persembahan salah seorang peserta program itu, Bila. Ramli berkata, dia tidak perlu bersikap prejudis kerana Bila sememangnya layak diberi pujian dan menyifatkan persembahan peserta itu tidak pernah mengecewakannya. "Saya cakap benda yang betul. Persembahan Bila tidak pernah mengecewakan dan dia cukup sempurna sejak minggu pertama lagi. "Kalau pelajar lain melihat pujian itu sebagai negatif, maka negatiflah ia. Tetapi sekiranya mereka melihat pujian saya itu satu benda yang positif, mereka pasti akan membandingkan diri dengan Bila dan berusaha lebih lagi. "Lagipun mana-mana peserta yang tidak bagus, saya tak hentam, kerana tahu kemampuan mereka setakat itu sahaja. Tetapi saya akan kritik mana-mana peserta yang dilihat boleh diasah bakat mereka lebih lagi," katanya kepada mStar Online.
Ramli ditemui selepas konsert separuh akhir AF 2015 yang berlangsung pada malam Ahad di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini. Pada konsert berkenaan, empat peserta iaitu Bila, Syamel, Sufi dan Sharul berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir manakala Rachel dan Lisa pula diumumkan tersingkir. Sementara itu, Ramli berkata, dia yakin persembahan daripada empat peserta yang dipilih itu akan menjadi sengit pada konsert akhir AF 2015 yang bakal berlangsung Ahad ini.
"Saya takkan cakap peserta mana yang dijangka juara. Tetapi melihat empat peserta yang akan berentap pada final ini sudah membuatkan saya puas hati dan gembira. "Dan kita dapat lihat persaingannya cukup sengit. Para peserta juga harus berusaha lebih kerana jika mereka kurang menyerlah, peserta lain yang akan ke depan," ujarnya. AF 2015 bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) sejak 2 Ogos lalu pukul 9 malam. Rutin para pelajar menjalani kehidupan di akademi melalui liputan harian Diari AF 2015 pula disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam. Konsert peringkat akhir AF 2015 akan berlangsung pada Ahad ini di Auditorium MBSA di sini pada pukul 9 malam.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails